Apa Itu Kalori?
Apa itu kalori?
Secara mudahnya, kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. Ia adalah unit yang ditemui oleh Professor Nicolas Clément pada 1824. Walaubagaimanapun, kebanyakkan negara menggunakan ia sebagai unit tenaga makanan.
Dalam pengambilan kalori, ia adalah berbeza untuk setiap individu. Biasanya, dalam sehari kalori yang diperlukan oleh lelaki dewasa biasa adalah antara 2000-2500 kalori. Manakala untuk wanita dewasa biasa pula adalah 1600-2000 kalori sehari.
Jika pengambilan kalori adalah lebih, ia akan ditukar menjadi lemak. Ini yang mengakibatkan individu menghadapi kegemukan. Dalam pengiraan 8000 kalori adalah sama dengan 1 kg berat badan manusia.
Oleh itu, setiap individu haruslah menjaga dan mengawal pengambilan kalori. Kalau tidak, jawapnya gemuklah kita. Hehe..
Cukuplah setakat ini dulu. Nantikan post seterusnya yang menujukkan kandungan kalori dalam setiap makanan yang selalu kita ambil.
P.S. Jagalah badan anda sebaik mungkin untuk kekalkan atau memiliki badan yang fit dan lawa.
Tags: Fit, Fitness, Kuruskan Badan/Tubuh, Pemakanan, Wanita, Weight Loss









